Umpama botol kosong ku hanyut ke laut
Di persisiran pantai aku terkandas
Dan di saat itu matahari terbenam
Aku dibawa berbicara oleh arus deras
Kemudiannya aku terasa berat, aku kehilangan
Aku tenggelam ke dasar laut, mulai terasa kegelapan
Detik pun berlalu dan aku mula terasa sejuk
Seram dan dingin kerna semakin lama semakin sunyi
Dan di sini aku sendiri cuba memahami
Ke mana aku harus pergi
Aku cuma mampu menanti dan menghitung hari
Sampai masanya nanti aku akan faham juga
Tidak mungkin di sini sahaja aku akan disembunyi
Tidak mungkin aku akan kekal kosong selamanya
Aku percaya arus deras itu nanti akan kembali
Dan persoalannya bukan lah bila
Tetapi kenapa dan kemana
-PRK-
No comments:
Post a Comment