Seringkali aku mengeluh
Aku berbicara dengan sang bulan
Ingin aku sampaikan padamu kata-kata yang tak terucap
Tentang kehilangan, keinginan, segala yang rumit
Dan tentang likuan jalan yang aku tempuhi
Aku sentiasa terasa keseorangan
Terasa kosong dan sunyi
Walau dikelilingi yang tersayang
Cuma tanpa kamu
Kelibatmu tak pernah kelihatan
Aku pasti, kelak pasti ada
Satu waktu untuk kita berdua
Sekiranya kamu kembali, temuilah aku di sini
Di tebing, sentiasa menanti sekeping hati yang telah pergi
-PRK-
No comments:
Post a Comment