Saturday, 17 January 2015

Dongengmu

Sememangnya dia tabah
Namun dia bukan Badang
Sampai bila lagi akan kau mempermainkannya
Belum puas kah kau melihatnya derita?
Sememangnya dia tabah
Walau dia berperang seorang
Sampai bila lagi akan kau memperdayakannya
Belum puas kah kau melihatnya kecewa?
Sememangnya dia tabah
Tetapi kenapa dibiar naik radang
Sampai bila lagi akan kau mencacinya
Belum puas kah kau melihatnya sengsara?
Sememangnya dia tabah
Walau dia rasa semakin hilang
Sampai masanya nanti, dia akan tumbang
Bak bangunan konkrit yang haus tapaknya

-PRK-

Tuesday, 13 January 2015

Rosebud

Garden pink, rather modest, much too cute
So innocent, so many things to refute
Had no guts to hold you, I was irresolute
Couldn't digest how to somehow reconstitute
Outraged I was, as I thought I couldn't suspire
I thought your beingness would perhaps scotch my desire
I thought you'd purposely make me somehow misfire
I supposed the creator and you once walked through the fire

-PRK-

Friday, 9 January 2015

Jilid Aku

Berlaga lagi hati ini, penuh perihal keraguan
Tiada kesudahannya juga keberangan ini, terasa dihina dan diperlekehkan
Kekhilafan itu sukar dihindar walau seribu kali dimaafkan
Kerna pendirian ku sering kali mudah dilecuhkan
Umpama rangkap yang rancak aku sedia berlari
Dan menyebarkan cacian sebelum diriku dihakimi
Kenapa tidak diulangi sahaja semuanya?
Rasanya masih sama seperti jilid yang lama
Ku sangkakan ini novella baru
Dikhianati rupanya, walau di dunia baru
Kerna seharusnya aku yang menulis
Seharusnya cuma aku yang berpuitis
Walau gusar, gementar atau terguris
Kegembiraan ku cuma hanya aku yang lukis
Kerna ini jilid aku
Langkah ku dan keinginan ku
Siapakah kau seharusnya bagi ku?
Jika cuma tohmahan sahaja yang keluar dari mulutmu

-PRK-



Saturday, 27 December 2014

Rasukan

Sesegar embun pagi hikayat ini mulai wujud
Mabuk, dirasuk cinta, ku terkulai di suatu sudut
Indah, tenang dan merdu bak soneta
Karya penyair di zaman bahari membuka rahsia
Dan aku pun terlena, terbayang saat bahagia
Kau dah aku berbual bersama
Sehingga terbenamnya matahari, disondol rembulan
Dan hilangnya bimbang, dihanyutkan hujan

-PRK-

Friday, 12 December 2014

Tewas

Lagaknya berani, bagai seorang pahlawan
Terkadang bongkak, lenyapkan kebaculan
Jijik sungguh, persis sorotan perzinahan
Khayalan yang gempita dilarut nistaan
Namun itu semua bayangan maya yang sepi
Kelancangannya ghaib bila dia sendiri
Tubuhnya gentar dibedil realiti
Jiwanya lemas ditindas fantasi
Kerna walaupun bingit, dia rasa bisu
Mulut terbuka, lidah terkedu
Di senjakala dia mula sendu
Cuba dileburkan, dia beradu
Namun gelap itu kekal
Terang itu terbatas
Andai si satria itu cekal
Mustahil dirinya dibiarkan tewas

-PRK-